Thursday, 17 July 2014

Apa yang kau dustakan dari PenciptaMu!

Merenung keluar jendela :'( lalu diri seraya mengadu " O Allah, x sedap hati ni"... tetiba2 seperti ada suara berbisik ; lalu nikmat apa yang kau dustakan *dush* terus tersentap..belari mencari ayat itu, mcm penah ku dengar dan ku sebut berulang kali.. ermm tapi knp aku lupa,Allah.. kata hati <3

Lalu ku selak2, mencari... ayat apakah ini.. *boom* MashaAllah, ayat yang sering ku baca tapi ku pandang sebelah mata untuk menghayati maknanya :'( 

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

[55:26]
Semua yang ada di bumi itu akan binasa.

[55:27]
Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

[55:28]
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

[55:29]
Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.

[55:30]
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

[55:31]
Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepadamu hai manusia dan jin.

[55:32]
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Berapa kali Allah mention ayat ini dan berapa banyak kali aku dah buat derk..Allahuakbar 

MuhasabahDiri... 


InshaAllah keep praying to be a better person and dont stop praying for #GAZA #SYRIA #MALAYSIA #ISLAM #islamuntuksemua 

Sunday, 29 June 2014

Ku Adamu Allah

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Mungkin aku yang paling hina dalam kalangan kamu semua.. Disini ku tulis satu coretan buat aku dan sahabat merenung kembali setiap tanda tanya dan setiap kekusutan yang melanda diri. #CoretanPencarianTuhanSebenar


Bila kamu hidup tapi kamu kata 'Aku Tiada Tuhan?' 
Justeru, persoalkan kembali 'siapa yang menghidupkanmu'

Bila kamu hidup tapi tuhan kamu mati?
Jesteru, persoalkan kembali ' bagaimana tuhan mati tapi mampu hidupkan aku'

Bila kamu hidup sedang kamu mengatakan tuhan itu satu sedang yang kau sembah itu berbagai2
Jesteru, persoalkan kembali 'apa itu tuhan yang esa dan yang mana satu'

Buat semua para muslim dan non-muslim anda berhak mencari siapa Tuhan kamu. Tapi satu bila kita mencari banyak lah menuntut dan jgn pakai pendapat diri yang kurang arif dan merasakan dialog kita semua betul..

Ini  tanda Allah pemilik sgalanya

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh tanda-tanda bagi kaum yang memikirkannya. 
(QS.2: 164)

Ya betul apabila kita tidak cuba mencari dan memaham agama yang kita anuti maka kita terpengaruh dengan ideologi setan yang sudah terang mahu mnjerat kita; sedang kamu sebenarnya tahu Tuhan itu ada

Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikanmu seimbang dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, dia menyusun tubuhmu.
(QS.82: 6-8)

Maka nikmat dari Tuhan manakah yang kamu dusta-kan?

Demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada tuhan selain Allah; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Allah adalah pemelihara segala sesuatu.
(QS.6 Al-An’am:102)

Akhir sekali pesan buat diri dan sahabat nilailah sebaik mungkin dan jangan sekali memperlekehkan hukum dan janji Allah dan buat para muslimin dan muslimat termasuk diri ku juga...


Wahai para muslim, kamu memegang dan menganuti agama Islam yang begitu mulia dan menyembah Allah (Tuhan Kita Semua). Tunjukkanlah sifat dan akhlak yang baik bukan dengan memaki, mencerca dan menganggap kita saja betul sedang akhlak kamu ditinjau oleh ramai orang. Dan pada akhirnya, akhlak kita yang 'baik sgt' telah menyebabkan seluruh muslim dilabel terorist, racist dan sebagainya.. Jadikanlah Rasulullah Contoh buat diri kita jadi muslim yang baik akhlaknya dan menjadi qudwah hasanah pada sekelilingnya.

Saturday, 7 June 2014

Makmum cilik stimulate lacrimal gland ku

Aduhai si cilikku, berani2 kau buat aku menangis.. Bila aku lihat si cilik itu menjadi makmum ku banyak sangat soalan dilemparkan oleh akal ku mahupun qolbu ku..

Adakah budak ni paham ape die sedang buat? Solat atau die sebenarnya meniru gaya ku?
Adakah budak ini akan terus mencari dan memahami pengertiaan solat itu?
Adakah budak ini akan menjadi Little Caliph untuk agama ini?

banyak benor soklan!! Lalu diri ini terslap  *reflex* ape kate tanya soklan tu kat diri kamu!!

Adakah kamu paham apa yang kamu sedang buat? Solat atau aku hanya meniru dan mempratikkan ajaran guruku?
Adakah aku akan terus mencari dan memahami pegertian solat itu?
Adakah aku akan Caliph untuk agama ini?

waaaaa *nangis* ..

Seusai solat, aku sering lihat makmum cilik lari terus mencapai kasut lantas berlari pergi tp kalau cilikku sorang ni terus berlari capai laptop laa... Lalu diri bermonolog, x boleh jadi ni! Aku mula cari bahan, lalu terbit satu lafaz dari mulut ku, Allah....Allah.....Allah.... lalu mulalah mengalir *nangis* aku melihat cilik itu begitu sungguh2 menyebut nama Allah.. SubhanaAllah..

Cilik itu mengajar erti indah menyebut nama mu... lalu ku usap airmataku seraya berkata, "jangan tinggal solat ya, nanti kakak x de mesti solat dengan abang ye" .. Mulalah berkerut muka si cilik...

~Tuhan Jagakan Dia Untukku~

Tuesday, 14 January 2014

ade bran x diri jadi mujahide?

Tatkala aku mengeluh ku pinta kekuatan dan Engkau beri aku ujian kemudian ujian. Alhamdulilah ku ditarbiyah oleh-Mu, ku merasa semakin kuat untuk terus hidup.

Tatkala aku merasa penat dan bahu berat memikul dugaan ini ku pinta Engkau meringankan bebanku. Alhamdulilah ku ditarbiyah oleh mu untuk meletakan Allah sebagai Yang Maha Mengetahui dan kau terbitkan ketenangan dan rasional dalam semua ujian dan beban ini.


Tertumbuk lah diri dengan kata2mu...

Wahai hambaAllah ; "La Tahzan, InnaAllahama'ana"

Wahai hambaAllah; " (2:286) "

Kehidupan ini menguji diri "ade bran x diri jadi mujahide." atau gugur dan mengalah.

Yakini Allah PASTI membantumu.


~ Oh Tuhanku, kau pimpinlah diri ini yang mendamba cintamu. Aku lemah tanpa pimpinan darimu. ~