Tuesday, 3 December 2013

Merantaulah, wahai Pengembara Dunia

Tanpa ilmu manusia itu lemah. Lemah untuk mengenali dirinya, lemah untuk kenali orang sekelilingnya dan tanpa ilmu manusia lemah untuk kenali Penciptanya.

kerna apabila kita miliki Ilmu baru akan terbitnya amal yang sempurna.. Analoginya begini:


Seorang Traveler dia nak merantau satu eropah, dia perlukan ilmu utk merantau baru dia akan berjaya dalam pengembaraan dia.


ok sentuh mengenai Traveler, saya teringat satu hadith Nabi SAW;



" Be in this world as if you were a stranger or a traveler." (Bukhari)

Di ibaratkan dunia ini hanya persinggahan, dimana disinilah kini nak kumpul amal dan ilmu untuk dibawa bertemu tuhan (Allah).

Kerna itu merantaulah mencari ilmu untuk mengubah kehidupan kamu didunia dan akhirat. Mungkin dulu kamulah tin kosong yang kosong tanpa ilmu tapi ia tidak bermakna selamanya menjadi tin kosong. Sungguh dirimu pasti lemah tanpa ilmu dan pengalaman dunia. Dan tanpa cobaan dalam hidup kamu pasti tidak kenal kamu jenis hamba bagaimana. bersyukur?tamak? pentingkan diri? redha? membentak-bentak?


Lemahnya kamu harini, Bodohnya kamu harini  bukan selamanya jika kamu punyai semangat dan azam yang kuat untuk berubah. 


Allah berfirman di dalam Surah Ar-Ra'd ayat 11 ;



" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka"

~Hamba yang lemah.~ Wallahualam.

Tuesday, 12 November 2013

Uniquenya Asing


"Islam datang dalam keadaan asing. 
Dan ia akan kembali asing sebagaimana kedatangannya. 
Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu"
- Hadis Riwayat Muslim-

Dan Islam tu sangat indah ditempat asing. Cuba spend time sekejap masa kita explore youtube dan blog [ stakat ni yang termampu mengembara di alam maya ] melihat Indahnya Islam. Sungguh hati ini tersentuh apabila melihat begitu dalam Islam itu didalami dan dicintai di tempat asing. Yup! yang kita kata 'asing' Islam ditempatnya spt UK,US, AUSTRALIA, KOREA, JAPAN dan banyak lagi.. Tempat ni asing dan payah nak jumpa Muslim apalagi 'Islam' tapi SubhanaAllah! cara mereka express cinta mereka pada Agama Allah ini [Islam] buat ana segan dengan diri ana...

Ayuh muhasabah diri :- 

Islam x asing kat tempat aku, tapi aku seakan mengasingkan Islam dari hidup aku! 

Berapa ramai orang buntu mencari makna PEACE - Islam. Kita?

Bagaimana kita appreciate hadiah yang Allah beri free x yah cari susah iaitu ISLAM?

Bagaimana kita express cinta kita! bukan pada pacar kita tapi pada Pencipta Kita?
-    -     -     -     -      -     -     -    -     -      -    -    -     -     -      -      -      -      -        -      -       

Aduhai diri yang bergelar muslim! Malu lah kamu kerna muslim hanya sekadar nama!

Moga kita dapat jadi orang asing seperti dalam hadis diatas. Asing dan beruntung!

- Persinggahan sebagai #PengembaraDunia


Sunday, 3 November 2013

KISAH STRAW & LAFAZ BISMILLAH


melayan kerenah seorang anak bongsu XD

Yin: kakak yin nak straw! * sambil merengek2 dilantai*
Kakak: awak dah cari belum dalam laci? *geleng2*
Yin: udah yin sudah cari! yin x jumpa! #berkerutKening
Kakak: awak baca 'bismillah' x?
Yin: oh baca 'bismillah' doa mkn tu *sungguh2 baca doa makan 'Allahumma......'
Kakak: haish x payah! kalini baca 'bismillah' je

lalu bangunlah si yin menghampiri laci dan baca 'bismillahhirahmanirrahim' dan start memunggah.. Heh, x brp lama budak tu berhenti memunggah..

Kakak: ha? dah abis punggah ye? jumpa?
Yin: *senyum* ^.^

#ThePowerOfBismillah haa.. ni yang cuba nk disampaikan oleh #pengembaraDunia


kalau dulu boleh tanya abang n kakak2 nak tarik perhatian adik adalah buat show magic x berbayar.. hahahah... adik2 je yang akan percaya... #ThePowerOfKakakMagic XD


anak2 harini bijak dan realitinya hentikan magik sia2 kerna x de ibrah yang kanak2 akan dapat... but when u teach them just only start with recite 'Basmallah wa Al-Fatihah' banyak yang mereka akan dapat.


Haaa ok .... kat sini ada beberapa saya nk kita sama2 check mutabaah amal kita harini :-)

(+) plus
+ Harini bangun pagi tadi cakap alhamdulilah.
+ Harini, makan baca bismillah.
+ Harini, masuk kereta baca bismillah.
++++++ *etc

banyak lagi sebenarnya.. nak cakapnya adalah... Dalam sehari jangan!! jangan kita sia2kan peluang Allah bagi kita tambah pahala :-) dan haaaa ni dia... update mutabaah amal lagi sekali 

(-) minus
- harini,  mencarut!
- harini, buat fitnah!
-harini, sakitkan hati orang 
- - - - - *etc

Jom check diri sama2! Tingkatkan Pahala Elakkan Dosa 

Waallahualam



- kita cari Mardhatillah kan? 

Thursday, 31 October 2013

Jalan Ini

Bila mana aku tidak mengharapkannya, ditakdirkan pula dia lalu di jalanku menyapa pada saat aku tidak mahu, namun diizinkan mata hati  melihat keindahannya dan membuatkan ia lebih dihargai maka rindu aku padanya lebih dalam #DnT #JalanIni 

Dulu : aku x perlukannya kerna aku kenal penciptaku *sombong
Kini : aku merinduinya kerna ia buat aku kenal sebenar PENCIPTAKU
                            
                                                                       



- tunduk malu dihadapanmu :')
~coming soon~

Saturday, 19 October 2013

Test. Nak masuk syurga x?

Manusia takkan pernah terlepas diuji oleh Allah. Terkadang ujian itu pasti buat kita lemah dan terkadang buat kita kuat. Itu lumrah kehidupan seorang manusia yang IMANnya ada waktu meningkat ada waktu tergelincir jatuh.

" Dan sungguh Kami akan beri cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita  gembira kepada mereka yang sabar '' [ 2: 155]

Kata seorang murabbi pada mutarabinyya;
Membina diri itu seperti mendaki gunung dimana terkadang terberhenti kerna penat. Begitu juga dalam membaiki IMAN kita. Tapi kata murabbi itu lagi andai penat sekalipun jangan sekali berpatah balik. Untuk naik ke puncak ye TIDAK MUDAH dan ye mahu SYURGA juga TIDAK MUDAH!




" Ingatlah dengan hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang " 
[Surah Ar-Rad : 28]



Jika kamu tidak mahukan ujian maknanya kamu tidak mahukan SYURGA. Kamu tidak mahu berjumpa ALLAH.

Andai kamu telah temui Syurga dunia percayalah kata2ku Syurga Akhirat itu lebih gembira dan tanda tandingannya. Allah dah beri kita bayangannya :')


Allah Ta'ala berfirman yang artinya," (Apakah) perumpamaan (penghuni) surga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamer (arak) yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring." (Muhammad : 15).

”Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur, dan gadis-gadis remaja yang sebaya." (An Naba' : 31-33).


Memandang wajah Allah yang mulia, sebagaimana diriwayatkan dari Shuhaib, bahwa Nabi shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda, "Jika surga telah dimasuki oleh para penghuninya, ada yang menyeru : 'Wahai penduduk surga, sesungguhnya Alloh mempunyai suatu janji untuk kalian yang janji tersebut berada di sisi Allah, di mana Dia ingin menuaikannya.' Mereka berkata : 'Apakah itu? Bukankah Dia telah memberatkan timbangan-timbangan kami, memasukkan kami ke surga, dan menyelamatkan kami dari neraka?' Beliau melanjutkan : 'Maka Allah menyingkapkan hijabnya (tabirnya), sehingga mereka melihat-Nya (wajah Allah). Demi Allah, Allah belum pernah memberikan sesuatu pun yang lebih mereka cintai dan menyejukkan pandangan mereka daripada melihat-Nya." (HR. Muslim).

Wednesday, 26 June 2013

Ujian Itu Indah

Saat hati membentak-bentak bertanya "mengapa aku yang diuji?" Allah berfirman :

" Apabila manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya
mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Tatkala kita runsing "kenapa aku, kenapa x dia?"

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Lantaran disaat diri terasa lemah, nafsu telah mengalah, hidup terasa tidak bermakna lagi maka renungilah ayat Allah:


"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139





Apabila Diuji.... Adakah kamu bersyukur?

Perjalanan ini sungguh panjang. Pelbagai ujian datang menghamipiri. Saat itu iman diuji. Wahai HambaAllah bersyukurkah kau? Mengeluh ? Merintih ? Menangis .

Saat itu Iman terasa dicabar ;

Iman : Aku pasti mampu kerana aku perlu letak tawakalku kepadaNya 
( IMAN CUBA MENINGKAT)

@
Iman: Aku tak berdaya kerana aku dah ditakdirkan begini. Habislah aku
(IMAN GOYAH)

Benar Iman manusia ibarat 'temperature' turun naik. Kerana itu nama MANUSIA.

Soalan budak tembikai kepada akak strawberry ;

Budak Tembikai : Akak, Bagaimana nak tahu kita ada iman ke x?
Akak Strawberry: Dik, adakah awak beriman kepada Allah?
Budak Tembikai : Mestilah, Kak . *mengucap 
Akak Strawberry : Alhamdulilah, pernah dengar pasal ' Halawatul Iman' ? ianya lebih manis dari kita :)
Budak Tembikai  : Pernah! Daurah hari tu Akak Madu cakap tentang itu. Sungguh saya mengimpikannya.. Benar ia lebih manis dari apa yang didunia ini.
Akak Strawberry : Betul dik, kita x dapat merasainya menggunakan deria rasa kita tapi kita mampu rasa dengan hati kita. 

Sungguh tiada Tuhan yang berhak disembah selainmu, Allah

Untuk sampai ke fasa 'Halawatul Iman' kamu perlu diberi ujian. Kamu pasti bersyukur apabila diuji dan tetap tersenyum dan jika airmata mengalir di pipi mu, itu adalah tangisan syukur padaNya.