Wednesday, 26 June 2013

Ujian Itu Indah

Saat hati membentak-bentak bertanya "mengapa aku yang diuji?" Allah berfirman :

" Apabila manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya
mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Tatkala kita runsing "kenapa aku, kenapa x dia?"

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Lantaran disaat diri terasa lemah, nafsu telah mengalah, hidup terasa tidak bermakna lagi maka renungilah ayat Allah:


"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139





Apabila Diuji.... Adakah kamu bersyukur?

Perjalanan ini sungguh panjang. Pelbagai ujian datang menghamipiri. Saat itu iman diuji. Wahai HambaAllah bersyukurkah kau? Mengeluh ? Merintih ? Menangis .

Saat itu Iman terasa dicabar ;

Iman : Aku pasti mampu kerana aku perlu letak tawakalku kepadaNya 
( IMAN CUBA MENINGKAT)

@
Iman: Aku tak berdaya kerana aku dah ditakdirkan begini. Habislah aku
(IMAN GOYAH)

Benar Iman manusia ibarat 'temperature' turun naik. Kerana itu nama MANUSIA.

Soalan budak tembikai kepada akak strawberry ;

Budak Tembikai : Akak, Bagaimana nak tahu kita ada iman ke x?
Akak Strawberry: Dik, adakah awak beriman kepada Allah?
Budak Tembikai : Mestilah, Kak . *mengucap 
Akak Strawberry : Alhamdulilah, pernah dengar pasal ' Halawatul Iman' ? ianya lebih manis dari kita :)
Budak Tembikai  : Pernah! Daurah hari tu Akak Madu cakap tentang itu. Sungguh saya mengimpikannya.. Benar ia lebih manis dari apa yang didunia ini.
Akak Strawberry : Betul dik, kita x dapat merasainya menggunakan deria rasa kita tapi kita mampu rasa dengan hati kita. 

Sungguh tiada Tuhan yang berhak disembah selainmu, Allah

Untuk sampai ke fasa 'Halawatul Iman' kamu perlu diberi ujian. Kamu pasti bersyukur apabila diuji dan tetap tersenyum dan jika airmata mengalir di pipi mu, itu adalah tangisan syukur padaNya.