Thursday 17 July 2014

Apa yang kau dustakan dari PenciptaMu!

Merenung keluar jendela :'( lalu diri seraya mengadu " O Allah, x sedap hati ni"... tetiba2 seperti ada suara berbisik ; lalu nikmat apa yang kau dustakan *dush* terus tersentap..belari mencari ayat itu, mcm penah ku dengar dan ku sebut berulang kali.. ermm tapi knp aku lupa,Allah.. kata hati <3

Lalu ku selak2, mencari... ayat apakah ini.. *boom* MashaAllah, ayat yang sering ku baca tapi ku pandang sebelah mata untuk menghayati maknanya :'( 

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

[55:26]
Semua yang ada di bumi itu akan binasa.

[55:27]
Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

[55:28]
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

[55:29]
Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.

[55:30]
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

[55:31]
Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepadamu hai manusia dan jin.

[55:32]
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Berapa kali Allah mention ayat ini dan berapa banyak kali aku dah buat derk..Allahuakbar 

MuhasabahDiri... 


InshaAllah keep praying to be a better person and dont stop praying for #GAZA #SYRIA #MALAYSIA #ISLAM #islamuntuksemua 

Sunday 29 June 2014

Ku Adamu Allah

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Mungkin aku yang paling hina dalam kalangan kamu semua.. Disini ku tulis satu coretan buat aku dan sahabat merenung kembali setiap tanda tanya dan setiap kekusutan yang melanda diri. #CoretanPencarianTuhanSebenar


Bila kamu hidup tapi kamu kata 'Aku Tiada Tuhan?' 
Justeru, persoalkan kembali 'siapa yang menghidupkanmu'

Bila kamu hidup tapi tuhan kamu mati?
Jesteru, persoalkan kembali ' bagaimana tuhan mati tapi mampu hidupkan aku'

Bila kamu hidup sedang kamu mengatakan tuhan itu satu sedang yang kau sembah itu berbagai2
Jesteru, persoalkan kembali 'apa itu tuhan yang esa dan yang mana satu'

Buat semua para muslim dan non-muslim anda berhak mencari siapa Tuhan kamu. Tapi satu bila kita mencari banyak lah menuntut dan jgn pakai pendapat diri yang kurang arif dan merasakan dialog kita semua betul..

Ini  tanda Allah pemilik sgalanya

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh tanda-tanda bagi kaum yang memikirkannya. 
(QS.2: 164)

Ya betul apabila kita tidak cuba mencari dan memaham agama yang kita anuti maka kita terpengaruh dengan ideologi setan yang sudah terang mahu mnjerat kita; sedang kamu sebenarnya tahu Tuhan itu ada

Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikanmu seimbang dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, dia menyusun tubuhmu.
(QS.82: 6-8)

Maka nikmat dari Tuhan manakah yang kamu dusta-kan?

Demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada tuhan selain Allah; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Allah adalah pemelihara segala sesuatu.
(QS.6 Al-An’am:102)

Akhir sekali pesan buat diri dan sahabat nilailah sebaik mungkin dan jangan sekali memperlekehkan hukum dan janji Allah dan buat para muslimin dan muslimat termasuk diri ku juga...


Wahai para muslim, kamu memegang dan menganuti agama Islam yang begitu mulia dan menyembah Allah (Tuhan Kita Semua). Tunjukkanlah sifat dan akhlak yang baik bukan dengan memaki, mencerca dan menganggap kita saja betul sedang akhlak kamu ditinjau oleh ramai orang. Dan pada akhirnya, akhlak kita yang 'baik sgt' telah menyebabkan seluruh muslim dilabel terorist, racist dan sebagainya.. Jadikanlah Rasulullah Contoh buat diri kita jadi muslim yang baik akhlaknya dan menjadi qudwah hasanah pada sekelilingnya.

Saturday 7 June 2014

Makmum cilik stimulate lacrimal gland ku

Aduhai si cilikku, berani2 kau buat aku menangis.. Bila aku lihat si cilik itu menjadi makmum ku banyak sangat soalan dilemparkan oleh akal ku mahupun qolbu ku..

Adakah budak ni paham ape die sedang buat? Solat atau die sebenarnya meniru gaya ku?
Adakah budak ini akan terus mencari dan memahami pengertiaan solat itu?
Adakah budak ini akan menjadi Little Caliph untuk agama ini?

banyak benor soklan!! Lalu diri ini terslap  *reflex* ape kate tanya soklan tu kat diri kamu!!

Adakah kamu paham apa yang kamu sedang buat? Solat atau aku hanya meniru dan mempratikkan ajaran guruku?
Adakah aku akan terus mencari dan memahami pegertian solat itu?
Adakah aku akan Caliph untuk agama ini?

waaaaa *nangis* ..

Seusai solat, aku sering lihat makmum cilik lari terus mencapai kasut lantas berlari pergi tp kalau cilikku sorang ni terus berlari capai laptop laa... Lalu diri bermonolog, x boleh jadi ni! Aku mula cari bahan, lalu terbit satu lafaz dari mulut ku, Allah....Allah.....Allah.... lalu mulalah mengalir *nangis* aku melihat cilik itu begitu sungguh2 menyebut nama Allah.. SubhanaAllah..

Cilik itu mengajar erti indah menyebut nama mu... lalu ku usap airmataku seraya berkata, "jangan tinggal solat ya, nanti kakak x de mesti solat dengan abang ye" .. Mulalah berkerut muka si cilik...

~Tuhan Jagakan Dia Untukku~

Tuesday 14 January 2014

ade bran x diri jadi mujahide?

Tatkala aku mengeluh ku pinta kekuatan dan Engkau beri aku ujian kemudian ujian. Alhamdulilah ku ditarbiyah oleh-Mu, ku merasa semakin kuat untuk terus hidup.

Tatkala aku merasa penat dan bahu berat memikul dugaan ini ku pinta Engkau meringankan bebanku. Alhamdulilah ku ditarbiyah oleh mu untuk meletakan Allah sebagai Yang Maha Mengetahui dan kau terbitkan ketenangan dan rasional dalam semua ujian dan beban ini.


Tertumbuk lah diri dengan kata2mu...

Wahai hambaAllah ; "La Tahzan, InnaAllahama'ana"

Wahai hambaAllah; " (2:286) "

Kehidupan ini menguji diri "ade bran x diri jadi mujahide." atau gugur dan mengalah.

Yakini Allah PASTI membantumu.


~ Oh Tuhanku, kau pimpinlah diri ini yang mendamba cintamu. Aku lemah tanpa pimpinan darimu. ~


Tuesday 3 December 2013

Merantaulah, wahai Pengembara Dunia

Tanpa ilmu manusia itu lemah. Lemah untuk mengenali dirinya, lemah untuk kenali orang sekelilingnya dan tanpa ilmu manusia lemah untuk kenali Penciptanya.

kerna apabila kita miliki Ilmu baru akan terbitnya amal yang sempurna.. Analoginya begini:


Seorang Traveler dia nak merantau satu eropah, dia perlukan ilmu utk merantau baru dia akan berjaya dalam pengembaraan dia.


ok sentuh mengenai Traveler, saya teringat satu hadith Nabi SAW;



" Be in this world as if you were a stranger or a traveler." (Bukhari)

Di ibaratkan dunia ini hanya persinggahan, dimana disinilah kini nak kumpul amal dan ilmu untuk dibawa bertemu tuhan (Allah).

Kerna itu merantaulah mencari ilmu untuk mengubah kehidupan kamu didunia dan akhirat. Mungkin dulu kamulah tin kosong yang kosong tanpa ilmu tapi ia tidak bermakna selamanya menjadi tin kosong. Sungguh dirimu pasti lemah tanpa ilmu dan pengalaman dunia. Dan tanpa cobaan dalam hidup kamu pasti tidak kenal kamu jenis hamba bagaimana. bersyukur?tamak? pentingkan diri? redha? membentak-bentak?


Lemahnya kamu harini, Bodohnya kamu harini  bukan selamanya jika kamu punyai semangat dan azam yang kuat untuk berubah. 


Allah berfirman di dalam Surah Ar-Ra'd ayat 11 ;



" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka"

~Hamba yang lemah.~ Wallahualam.

Tuesday 12 November 2013

Uniquenya Asing


"Islam datang dalam keadaan asing. 
Dan ia akan kembali asing sebagaimana kedatangannya. 
Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu"
- Hadis Riwayat Muslim-

Dan Islam tu sangat indah ditempat asing. Cuba spend time sekejap masa kita explore youtube dan blog [ stakat ni yang termampu mengembara di alam maya ] melihat Indahnya Islam. Sungguh hati ini tersentuh apabila melihat begitu dalam Islam itu didalami dan dicintai di tempat asing. Yup! yang kita kata 'asing' Islam ditempatnya spt UK,US, AUSTRALIA, KOREA, JAPAN dan banyak lagi.. Tempat ni asing dan payah nak jumpa Muslim apalagi 'Islam' tapi SubhanaAllah! cara mereka express cinta mereka pada Agama Allah ini [Islam] buat ana segan dengan diri ana...

Ayuh muhasabah diri :- 

Islam x asing kat tempat aku, tapi aku seakan mengasingkan Islam dari hidup aku! 

Berapa ramai orang buntu mencari makna PEACE - Islam. Kita?

Bagaimana kita appreciate hadiah yang Allah beri free x yah cari susah iaitu ISLAM?

Bagaimana kita express cinta kita! bukan pada pacar kita tapi pada Pencipta Kita?
-    -     -     -     -      -     -     -    -     -      -    -    -     -     -      -      -      -      -        -      -       

Aduhai diri yang bergelar muslim! Malu lah kamu kerna muslim hanya sekadar nama!

Moga kita dapat jadi orang asing seperti dalam hadis diatas. Asing dan beruntung!

- Persinggahan sebagai #PengembaraDunia